26/11/2012

MEK MULUNG DEWA MUDA (2012) : SEBUAH PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL PERINGKAT PENILAIAN SISWAZAH


Mek Mulung merupakan sebuah persembahan tradisi turun temurun bagi masyarakat di Kampung Baru, Wang Tepus, Jitra, Kedah. Pementasan tradisi ini merangkumi elemen bunyi-bunyian atau muzik, nyanyian, tarian dan lakonan yang membentuk sebuah teater tradisional berdiri sendiri seperti Mak Yong, Randai, Bangsawan dan Menora. Sekitar 10 dan 11 November 2012 yang lalu, satu usaha pemeliharaan terhadap pementasan tradisi ini telah berlangsung di Studio Tari Utama, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Pementasan ini berupa penilaian peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun 2 (sesi 2011/2012) dalam matapelajaran Teras Akademik ASWARA iaitu AWA 4083 Teater Tradisional Mek Mulung. Mereka dinilai melalui aspek pengurusan, lakonan, tarian, nyanyian dan sinografi berdasarkan skrip ‘Mek Mulung Dewa Muda’. Secara ringkasnya, ‘Dewa Muda’ mengisahkan tentang petanda dari mimpi yang diperoleh Cik Wang (watak hero bergelar ‘Dewa Muda’), seterusnya, membawa kepada pertemuannya dengan puteri jelita bernama Puteri Gunut.
            ASWARA mempertaruhkan matapelajaran Teater Tradisional Mek Mulung sebagai salah satu usaha pemeliharaan terhadap warisan tradisi. Secara tidak langsung, pelajar diberi pendedahan terhadap teori dan praktikal berkenaan struktur persembahan, falsafah, sejarah, fungsi ensemble muzik dan watak-watak dominan dalam teater tradisional tersebut. Setelah pembelajaran selesai, pelajar akan dinilai pada setiap hujung semester. Konsep penilaian dalam sesebuah persembahan teater tradisional seperti yang diwujudkan oleh ASWARA memberi satu hasil seni yang berbeza berbanding dengan tahap profesional ; individu yang mempunyai kemahiran tinggi dan skill yang berkualiti terhadap sesuatu bidang kritikal. Hal ini merujuk kepada keperluan peringkat siswazah yang hanya menitikberatkan penambahbaikan melalui setiap kelas latihan praktikal yang diadakan sebelum menuju ke hari pementasan sebenar sebagai satu penilaian akhir kepada pelajar terhadap keseluruhan pembelajaran dan persembahan. Sepanjang pembelajaran matapelajaran Mek Mulung berlangsung, pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun 2 (sesi 2011/2012) dikehendaki menghadiri setiap kelas latihan berbentuk inisiatif membina struktur sebuah kumpulan yang bekerjasama. Kelas ini merangkumi latihan lakonan, tarian dan nyanyian untuk pelajar yang dinilai dari aspek berkenaan serta proses asas bagi pelajar yang dinilai dari aspek pengurusan dan sinografi. Berdasarkan latihan intensif yang telah dijalankan, permintaan persembahan berada ditahap memuaskan kerana terdapat beberapa estetika penting dalam sesebuah lakonan berkerekter diketepikan seperti watak puteri atau Mek Seni yang digalas oleh Noor Aine Yusof ‘dibunuh’ dengan beberapa perkataan yang tidak manis dari watak-watak Inang. Walhal, watak tradisional seperti Mek Senik perlu diangkat selayaknya. Walaubagaimanapun, Noor Aine Yusof berjaya mencuri pandangan penonton melalui nyanyian yang mantap dan tarian gemalai persis puteri kayangan. Selain daripada itu, penghayatan watak yang lemah jelas kelihatan, terutamanya watak-watak Awang. Meskipun watak Awang menghiburkan, masih terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan seperti tenaga pelakon, lontaran suara dan pengucapan dialog yang punch time. Mek Mulung ‘Dewa Muda’ merupakan skrip tradisional yang santai tetapi sayang skrip ini hanya mampu diberi pentas tahap studio. Oleh kerana kemudahan persembahan berbentuk studio yang terhad, pelajar tidak dapat meneroka dan berkarya dengan bebas. Penggunaan material seperti lyno, kepingan kayu berbentuk teratak sebuah rumah melayu lama sebagai set dominan dan beberapa platform yang disusun seperti pentas kecil untuk pemuzik menjadi susunan set yang serba sederhana kepada persembahan ini. Seterusnya, kerjasama antara tenaga produksi dan barisan pelakon dalam merealisasikan persembahan patut diberi markah penuh. Hal ini kerana persembahan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah teknikal yang teruk, plot penceritaan disampaikan dengan baik oleh barisan pelakon dan pemilihan set dan prop yang fleksible. Dari aspek struktur persembahan, para pelajar yang dinilai berjaya membangkitkan nilai kemelayuan dalam persembahan. Salah satunya, penggunaan tikar sebagai alas duduk kepada penonton sepanjang persembahan berlangsung. Ianya tampak klise, tetapi sebenarnya memberi satu keselesaan dan menimbulkan rasa back to hometown, seperti konsep persembahan tradisional terdahulu. Tambahan, ucap tetap dari watak utama seperti Mek Senik dan Cik Wang yang mengingatkan kita kepada keturunan raja-raja melayu yang perlu dihormati, memberi satu pandangan di mana penonton yang hadir terasa seperti rakyat jelata.
            Secara keseluruhannya, pementasan Teater Tradisional Mek Mulung ‘Dewa Muda’ merupakan usaha murni untuk merealisasikan peribahasa melayu ‘tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan’. Meskipun, pementasan ini hanya tahap penilaian peringkat siswazah tetapi barisan pelajar berjaya menyambut usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah warisan bangsa.



Barisan pelajar yang dinilai dari pelbagai aspek (pengurusan, lakonan, sinografi)



Noor Aine Yusof sebagai Mek Senik

(sumber dari facebook.com)


25/11/2012

Ismail, I Love U. Selamat Hari Lahir yang ke 15.




"Kakak, nanti kamu dapat adik"

Aku ingat lagi. Masa itu, aku darjah tiga. Aku cuti hari itu. Tak. Sebenarnya, aku ponteng sekolah sebab nak ikut mak dan abah pergi klinik. Aku ingat mak sakit tapi pregnet rupanya. Aku ada lagi simpan satu diari yang menceritakan detik-detik mak sembilan bulan mak mengandung. Salah satunya, aku cuba mencadangkan nama untuk bakal adik aku. Aku mencadangkan nama SITI NURHALIZA, boleh? (gila aku ni). Minat punya pasal kat Dato Siti sampai nak bagi nama dekat bakal adik. Mak cakap adik, lelaki. Jadi, Abah namakan Ismail Ajwa. Tanggal 26 November 1997, Ismail keluar ke dunia. Sepanjang hidup, sekalipun aku tak pernah dengkikan budak bertuah ini. Mungkin sebab lain jantina gamaknya, tiada saingan. Boleh? hahaha..




Ish, sayang sungguhlah dekat budak kecil ini. Walaupun umurnya sudah mencecah 15 tahun, dia tetap adik kecil aku. Sayang sangat sampai pernahlah aku seterika tangan dia sampai melecur pasal geram tangan dia gebu sangat. Sayang jugalah sampai aku pernahlah 'ikat perut' simpan duit belanja kerana nak belikan satu barang mainan yang dia nak sangat. Ish, sayanglah!!


Ismail adik Kakak. I Love U.
 Selamat Hari Jadi yang ke 15.
takmo jadi budak nakal na
jadilah lelaki dewasa yang teguh imannya.
AMIN